Thursday 10 January 2013

POKOK BUAH MAHKOTA DEWA

Mengenal dengan lebih dekat Pohon,Buah, Daun dan Benih Mahkota Dewa. (Phaleria Macrocarpa) Berasal dari hutan belantara di Papua New Guinea atau Irian Jaya dan jika tanahnya subur, ketinggiannya boleh mencapai sehingga 5 meter. Buahnya berwarna merah menyala seperti epal dan boleh berbuah sepanjang tahun jika tidakdiganggu oleh pencemaran dan aktiviti manusia. 

POKOK MAHKOTA DEWA / BUAHNYA MASIH MUDA

Sudah berkurun lama khasiat Mahkota Dewa menjadi rahsia istana Kesultanan Kepulauan Jawa. Sejak diketahui umum, Mahkota Dewa sehingga kini digunakan secara meluas dalam perubatan alternatif untuk merawat pelbagai jenis penyakit di Indonesia khususnya. Di Malaysia Pokok Mahkota Dewa ini masih baru dikenali dan susah untuk mendapatkannya. 

Pokok Mahkota Dewa / Buahnya Hampir Masak

Buah Mahkota Dewa Yang telah cukup Masak dan Boleh di petik

Buah Mahkota Dewa  adalah tidak seragam kerana ianya bergantung kepada  penyelenggaraan  pokok dan kelebatan buahnya. Buahnya berbentuk bulat dan tidak seragam antara satu sama lain. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur. Ketika masih muda, kulit buahnya berwarna hijau muda dan selepas 6 minggu, kulitnya mula berubah  kepada warna  merah muda. Kulit buahnya  mula berubah warna dari warna merah muda  kepada merah meron pada usianya 10-12 minggu selepas berputik.

Buah mahkota dewa banyak khasiatnya. Ia agak mudah hidup. Pokoknya sederhana besar boleh ditanam dalam pasu. Tingginya sekitar 3meter dan boleh dikurangkan dengan cara cantasan.Bahagian buah yg diguna untuk ubat ialah bahgian antara biji dan kulit (isi). Buah yang terlalu tua berwarna merah dan isinya berserabut. Pada ketika ini keadaan buah tak elok untuk diguna,adakalanya berulat.Ia susah untuk dihiris dan tak akan kering sempurna bila dijemur. Seeloknya untuk ubat ambil yg sederhana matang iaitu yg berwarna hijau kemerahan.

Isi buah  berwarna putih, berserat dan berair.

Isi dan biji Mahkota Dewa

Buah mahkota dewa terdiri dari kulit, daging, cangkang & biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Daging buah berwarna putih, berserat dan berair. 

Cangkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat, 

Biji merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih. Untuk menggunakan biji, ainya perlu direbus dahulu.

Buah Mahkota Dewa yang telah di hiris 

Buah Mahkota Dewa yang telah dijemor kering

Daun Pokok Mahkota Dewa

Daun Mahkota Dewa berbentuk lonjong , lansing, memanjang & hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.

Bunga Pokok Mahkota Dewa

Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.

Anak Benih Mahkota Dewa, Memerlukan penjagaan Rapi

Anak benih Mahkota Dewa disemai melalui biji, Anak benih ini amat sukar didapati, 


Anak Pokok Buah Mahkota Dewa Yang Mulai Besar Dan Sedia Untuk Di Jual
Untuk mendapatkan anak benih mahkota dewa agar sukar sedikit.

13 comments:

  1. Macamna nak dapatkan buah mahkota dewa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh hubungi sy. Sy ada tanam pokok ni.

      Delete
    2. Buah yg muda boleh buat ubat juga ke?

      Delete
  2. Mehh txt abg N at 0194176025

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum... boleh saya tahu berapa harga sepokok mahkota dewa yg dijual?

    ReplyDelete
  4. kalau wanita yg ingin mengandung bolehkah dibantu dgn meminum ubat ini?

    ReplyDelete
  5. Saya mahukan buah mahkota dewa segar. Sesiapa yang ada menanam di sekitar kajang, bangi dan semenyih boleh hubungi saya untuk saya beli.017 6371728 (azhar)

    ReplyDelete
  6. Sy dpt buah dia.. tp benih dia yg mana eh? Cuba nk menanam ni..

    ReplyDelete
  7. Sy dpt buah dia.. tp benih dia yg mana eh? Cuba nk menanam ni..

    ReplyDelete
  8. sy ade ank pokok mhkota dewa pokok stabil jika brminat bole pm wssup di no 01137530526 joe

    ReplyDelete
  9. Boleh tunjuk cara nak tanam dari biji benih.

    ReplyDelete
  10. Siapa nk beli mahkota dewa segar, limau pagar dan limau nipis saiz besar berbuah sepanjang masa. Boleh petik sendiri dr pokok. Lokasi ulu kelang ampang hubungi saya 0172781002

    ReplyDelete